Saturday, February 6, 2010

Dauratul Miah

Tandas di SK. Jerantut Jaya terdiri daripada dua buah tandas guru. Empat buah tandas murid dan dua buah tandas murid PRA. Tandas guru terdiri daripada satu tandas guru lelaki dan satu tandas guru perempuan. Tandas guru terletak di bangunan pentadbiran iaitu di blok A. Tandas guru perempuan terletak bersebelahan dengan kelas pemulihan. Manakala tandas guru lelaki terletak bersebelahan dengan kelas 3 Amanah. Atas inisiatif AJK Keceriaan tandas 2009, tandas di SK. Jerantut Jaya diberi penjenamaan semula. Setiap tandas diberi namanya yang baru. Dengan berobjektifkan agar para pelajar di SK. Jerantut Jaya dapat menambahkan perbendaharaan kata mereka di dalam bahasa Arab, maka nama-nama seperti "Dauratul Miah, Mirhadun dan Hamam" telah di gunapakai untuk menamakan setiap tandas di SKJJ ini. Penggunaan nama Dauratul Miah 1 digunakan untuk dinamakan ke atas tandas guru lelaki dan Dauratl Miah 2 digunakan untuk tandas guru perempuan.

No comments:

Post a Comment