Mirhadun juga membawa maksud tandas. Penggunaan nama Mirhadun di SK Jerantut Jaya ini telah diagihkan kepada empat buah mirhadun. Mirhadun Ambar dan Mirhadun Kasturi telah terpilih untuk dinamakan kepada nama dua buah tandas murid lelaki. Penggunaan nama minyak wangi adalah dengan harapan agar mirhadun ini akan terus mewangi seharum ambar dan kasturi.
Mirhadun Ambar dan Kasturi terletak di sudut sebelah kanan blok 'A' aras bawah. Bersebelahan dengan kelas PRA. AJK Keceriaan Mirhadun telah menetapkan bahawa Mirhadun Ambar digunakan oleh para pelajar dari tahap 2. Mengambil motif atas dasar keselesaan dan kedudukan jarak kelas tahap 2 dengan Mirhadun Ambar. Begitu juga sebaliknya bagi Mirhadun Kasturi yang terletak pada aras 2 blok 'A' dan bersebelahan dengan kelas 4 Murni.
Monday, February 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment